Jumaat, 9 Oktober 2009

Suara Marheanis

kau mati ditepi-tepi kali
kau mati dipinggir lombong
kau mati dibawah jambatan
dimana-mana sahaja kau bisa mati
mati sebagai seorang hamba

matimu kerana mengejar sekapuk lapar
korbanmu kerna mengejar secangkir dahaga
tanah berpamitan darah merah
menjadi saksi sumpah derita
kau curahkan sebagai pahlawan marheanis

pada setiap titik kudratmu dikerah
dikepah, dicanai sehingga kering
oleh jerung-jerung kapitalis moden
beralas empuk dikerusi keuntungan
bertemankan wiski, dan hilai tawa ratu-ratu nafsi.
betapa merintihnya keringat senja
membanting tulang demi secupak rezeki
sambil menanti kelopak malam mengaut pergi.

1 ulasan:

  1. wow best puisi..buat sndri ka cuplik ja..
    marheanis tu ap mkna dia..

    BalasPadam