Jumaat, 19 Mac 2010

samseng jalanan V3

REMP-IT V3 SAMSENG JALANAN-memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi manusia. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, taikoon pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, main kotor dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka. Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju. Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.v3 samseng jalananrempit v3v3: samseng jalananrempit vs samseng jalanansamseng jalanan v3samseng jalanan

Rabu, 17 Mac 2010

berterus teranglah....

Len dan Mud terus hidup menyendiri dan terus hidup tertanya-tanya tentang kekasih siapakah pasangan hidup Sam, mereka selalu mengadu kepada ku, tetapi aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia. aku sekadar mampu memberi dorongan semangat kepada mereka untuk meneruskan hidup ini walaupun Sam seolah-olah tidak lagi mempedulikan mereka lagi. Sam terus hanyut dengan gadis itu sehingga lupa akan tangugjawabnya sebagai ahli lembaga syarikat kilang kerepek Bang Sun. Dia juga telah menggelapkan duit syarikat sebanyak rm 50 000 untuk berfoya-foya dengan gadis itu. dia juga telah melupakan sam dan Mud kerana terlalu asyik dengan percintaan. Tetapi dengan takdir Allah S.W.T rahsia Sam akhirnya telah terbongkar dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa apabila didapati telah mengelapkan wang syarikat. Manakala perempuan itu pula entah ke mana menghilang bersama-sama wang tersebut. aku juga adakalanya bersimpati tentang nasibnya, adakalanya rasa puas hati kerana sekurang2nya dia telah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Mud dan Len juga ku lihat agak sukar untuk menerima sam kembali apabila mengenangkan tentang kesalahan sam. dan aku pula cukup happy sekurang2nya aku tidak lagi menjadi tempat mereka meluah perasaan...