Ahad, 15 November 2009

Kedah Dalam Suasana Lembap

Hari ini merupakan hari pertama aku di kampung, tidak banyak aktiviti yang dapat aku lakukan kerana hujan sentiasa turun, malah paras air sungai juga sentiasa meningkat. Hajat di hati ingin juga mandi sungai tengah hari tadi, tapi aku membatalkan sahaja niat itu kerana air sungai agak dalam, memandangkan minggu lepas banjir telah melanda kampungku. Mengikut laporan berita hujan akan turun sepanjang hari bermula 16-20 November. Aku berharap kawan-kawan lain juga berada dalam sihat sentiasa, jangan lekukan aktiviti yang boleh membahayakan diri memandangkan sekarang merupakan musim banjir.........

Jumaat, 13 November 2009

Hari-Hari Terakhir Semester 5

Hari ini merupakan hari terakhir semester 5, esok pagi saya akan pulang ke kampung di Kedah. Terasa sayu hati ini untuk meninggalkan kolej, kerana semester 5 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka, setiap ingatan masih terpahat dimindaku. sebagai pelajar semester akhir sesungguhnya menuntut setiap urusan perlu disiapkan dalam masa yang singkat, terutamanya projek ilmiah tahun akhir. aku bersyukur kerana di bawah berjaya penyeliaan Dr Samsina aku telah berjaya menyiapkan bab 1 dan 2 mengikut masa yang ditetapkan. Diharapkan aku mampu menyiapkan bab 3 dan 4 ketika waktu cuti ini...akhir kata SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA SAHABATKU, SEMESTER DEPAN KITA BERJUMPA LAGI