Jumaat, 16 Oktober 2009

Kemuncak Pengharapan

16/10/09 genap lah 22 tahun kawan aku ni, cantik orangnya, tapi kecewa ckit, dengar cerita baru-baru ni dah bertunang dengan budak kelas aku juga...sedih juga, tapi tak apa lah, janji dia bahagia....i'm still alone forever, yeah...

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari-Hari Yang Sepi

Minggu ini cukup membosankan, rakan sebilikku Mior Saiful Nizan balik ke kampungnya di Kuala Kangsar. Aku keseorangan diri dan berasa sangat sunyi. Katanya hari Ahad baru balik ke kolej. Selalunya sebelum tidur kami selalu berborak terlebih dahulu tentang macam-macam perkara, meliputi perkara-perkara harian yang kami hadapi. Bagi aku Mior seorang rakan yang cukup memahami perasaan aku, seandainya aku mempunyai masalah sudah pasti ada saja ideanya untuk menyelesaikan masalah aku. Aku berharap selepas tamat pengajian kami masih mampu berhubung walaupun jarak membezakan kami berdua.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Suara Marheanis

kau mati ditepi-tepi kali
kau mati dipinggir lombong
kau mati dibawah jambatan
dimana-mana sahaja kau bisa mati
mati sebagai seorang hamba

matimu kerana mengejar sekapuk lapar
korbanmu kerna mengejar secangkir dahaga
tanah berpamitan darah merah
menjadi saksi sumpah derita
kau curahkan sebagai pahlawan marheanis

pada setiap titik kudratmu dikerah
dikepah, dicanai sehingga kering
oleh jerung-jerung kapitalis moden
beralas empuk dikerusi keuntungan
bertemankan wiski, dan hilai tawa ratu-ratu nafsi.
betapa merintihnya keringat senja
membanting tulang demi secupak rezeki
sambil menanti kelopak malam mengaut pergi.

kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam

Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanehan dan keajaiban . Tahyul pula merupakan kepercayaan yang karut dan bersifat khayalan. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi hajat. keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian yang menyekutukan Allahdan dari sudut rubbiyah dan sifat ulumiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhlu lain. lebih malang lagi apabila ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol. mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan. Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan dan penolak bala. Justeru itu marilah kita memurnikan akidah kita dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam syariat dan berilmu tasawwuf.. Insyaalah

Khamis, 8 Oktober 2009

Novel Melayu Pembakar Semangatku...

Sebagai seorang mahasiswa aliran sastera, aku turut terdorong untuk berkongsi sebuah novel karya Faisal Tehrani berjudul 1515 yang boleh dikatakan pembakar semangat orang Melayu untuk berjuang menentang penjajah. Novel yang aku maksudkan itu berkisarkan tentang peristiwa kejatuhan Melaka oleh Portugis, watak utama novel ini ialah Tun Nyemah Mulya perawan usia 15 tahun memiliki pelbagai ilmu mempertahankan diri, dia sangat luar biasa handal, licik, berbudi bahasa. Dia telah memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi 60000 tentera, membelah laut dengan 2 misi penting iaitu pertama mengotakan janji kepada Alfonso Albuquerque untuk mengebumikan jasadnya diLisbon, dan kedua iaitu menakluki Portugal. Tarikh 1515 telah digelapkan oleh sejarawan barat yakni tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad. Pada pendapat saya novel ini sesuai dijadikan sebagai inspirasi untuk mempertingkatkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat harin ini.

Rabu, 7 Oktober 2009

hidupku selalu tertekan

hari ini merupakan hari ke-6 saya membuat catatan dalam blog ini. Saya selalu rasa tertekan dengan kehidupan ini. Selepas satu masalah, datang pula satu masalah lain. Apakah ini telah ditakdirkan untuk saya, jika difikirkan memang lagi tertekan jiwa ini. Pada minggu lepas saya keluar ke pekan bersama kawan-kawan untuk membeli barang. kami keluar awal pagi dengan menaiki bas komuter. Kami tiba di pekan pada jam 11 pagi. Kami terus ke pasaraya The Mines untuk membeli barang-barang keperluan. selepas mendapatkan barangan keperluan, saya terus ke kaunter untuk membuat pembayaran tetapi malangnya dompet saya telah tercicir, memang memalukan apabila saya terpaksa memulangkan kembali segala barang-barang tersebut. semua orang memandang dengan muka sinis......saya berasa sangat malu dengan kejadian tersebu8t.

Isnin, 5 Oktober 2009

Luahan Rasa

sepanjang 3 tahun di UPM, semester 5 merupakan suatu sesi pengajian yang agak mencabar buat aku. memang terlalu banyak tugasan yang erlu disiapkan dalam masa yang sangat singkat. Tapi aku tahu, segala tugasan itu sebenarnya untuk memupuk semangat bertanggungjawab dan kejujuran ketika membuat kerja. Mungkin kesannya kita tidak dapat lihat dalam jangka masa yang singkat, tetapi segala kebaikannya dapat kita aplikasikan di alam pekerjaan kelak...Insyaallah

Ahad, 4 Oktober 2009

Luahan hati seorang perantau

Hari ini ku bangun awal pagi, entah kenapa perasaan ini jauh mengelamun rindukan keluarga dikampung halaman. Selalunya hatiku tidak memberontak sebegini, tetapi pagi ini melonjak-lonjak rindukan ibu dan ayah. entah apa khabar mereka di kampung, entahkan sihat entahkan tidak?? ayah pula selalu sakit-sakit semenjak dua menjak ini. Aku segera menghubungi ibu, mujurdapat dihubungi, dapat juga aku mengubat hati yang sedang dilanda kerinduan ini. Emak memberitahu bahawa ayah ku sihat-sihat sahaja. Senang hati ku dengar keluarga ku semuanya sihat sejahtera. Apa yang penting, dalam hidup ini aku akan belajar bersungguh-sunguh demi membalas jasa ibu dan ayah yang begitu gigih membesarkan kau dan memberi pendidikan sehingga ke alam universiti........amin...salam kerinduan buat mak ayah dan adik-adik...

Hari yang paling malang buat daku

salam sejahtera semua.......
Hari ini merupaka hari yang paling malang dalam hidupku. Hari ini ketika sedang membuat tugasan projek ilmiah tiba-tiba laptop terpadam sendiri. Hatiku dirundung seribu satu persoalan. satu perkara yang bermain difikiran ku ialah tentang tugasan yang tidak sempat disimpan dalam didalam fail maklumat. Tanpa membuang masa, aku lantas bergegas ke kedai komputer yangberhampiran untuk mendapatkan perkhidmatan servis komputer. Hatiku dirundung resah,sedangkan tugasan perlu dihantar esok pagi. mengikut kata lelaki yang bekerja disitu, laptop ku telah diserang virust menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Manakala segala tugasan dan fail-fail penting juga tidak dapat diselamatkan kerana turut sama terhapus.
Kepalaku berpinar-pinar ligat memikirkan apa yang akan terjadi pada hari esok. Malam itu aku tidak dapat tidur lena, hatiku dibelenggu seribu keresahan yang mengetuk-ngetuk perasaanku.
Keesokan harinya, tiba waktu kelas Fonetik dan Fonologi, aku pergi pada awal bagi untuk berjumpa dengan pensyarah menyatakan tentang masalah yang aku hadapi. Syukurlah pensyarah tersebut menerima alasanku malah memberi masa untuk aku menyiapkan tugasan yang tertunggak tersebut...syukur Alhamdulillah...

Sabtu, 3 Oktober 2009

cabaran dan dugaan asam garam kehidupan

hidup ini suatu perjalanan, dan sebagai manusia kita yang akan membawa haluan sama ada ke jalan baik mahupun ke lembah kedurjanaan. sebagai insan biasa aku juga mempunyai pelbagai pengalaman, memang benar kata orang, pengalaman mendewasakan diri. menjadikan kita lebih baik daripada semalam. Sesungguhnya pengalaman menuntutku menjadi insan yang lebih kental dan kuat daya tahan. sesungguhnya pengalaman semester satu di UPM menuntut ketabahan dan kesabaran yang tinggi. sebagai pelajar baru, aku berhadapan dengan pelbagai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di UPM. ada kalanya untuk mencari kelas punaku tersesat seorang diri. namun setelah hampir sebulan akhirnya aku dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. satu perkara yang mengajarku erti ketabahan ialah ketika mengikuti kelas bahasa mandarin. sebagai pelajar yang tiada asas tentulah berhadapan dengan kesukaran. sepanjang 2 semester saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan. tetapi atas pertolongan tenaga pengajar disitu dan hasil usaha saya, pada semester 3 saya mendapat keputusan yang agak memuaskan. kesimpulannya ketabahan diri memainkan peranan penting untuk memajukan diri.

Khamis, 1 Oktober 2009

Pengalaman ngeri di hari lebaran

Pada hari raya kedua yang lalu saya telah mengalami suatu pengalaman yang sangat ngeri dan dasyhat. pada petang itu, saya keluar untuk melawat rakan di kupang, namun apabila sampai pada suatu selekoh, saya melihat 3 kelibat lelaki sedang mengekori seorang perempuan dengan menaiki motosikal. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, kemungkinan gadis itu sahabat mereka. Namun selang beberapa ketika, apabila tiba di kawasan pinggir hutan, lelaki di bahagian hadapan telah itu telah merentap beg tangan gadis itu, lantas menentang sehingga gadis itu jatuh bergelimpangan dari motosikal lalu menghilangkan diri. Saya terkaku, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah berlaku di hadapan saya ketika itu. Tanpa membuang masa saya bergegas untuk membantu gadis itu, tangannya patah terulai, tetapi mujurlah gadis itu masih bernyawa. Saya bertindak dengan menghubungi ambulans. Dalam beberapa ketika ambulans pun tiba lantas membawa gadis itu ke hospital. Selepas 4 hari kejadian itu, 3 peragut itu telah berjaya di tahan oleh polis, yang memalukan ketiga-tiga peragut itu ialah orang Melayu. memang memalukan bangsa Melayu..........