Jumaat, 9 Oktober 2009

kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam

Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanehan dan keajaiban . Tahyul pula merupakan kepercayaan yang karut dan bersifat khayalan. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi hajat. keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian yang menyekutukan Allahdan dari sudut rubbiyah dan sifat ulumiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhlu lain. lebih malang lagi apabila ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol. mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan. Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan dan penolak bala. Justeru itu marilah kita memurnikan akidah kita dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam syariat dan berilmu tasawwuf.. Insyaalah

2 ulasan:

  1. aduh2 zainal..hbt bangat kamu ye.. siap rujuk kamus lg..ilmiah sguh kamu ni ye..
    taniah2.. sybas ye!

    BalasPadam
  2. Sokong apa yang Zainal katakan. Sememangnya tahyul dan kepercayaan mistik ini akan meruntuhkan aqidah seseorang dan ia juga menyekutukan Allah. Bertaubatlah bagi mereka yang berada dalam kesasatan.

    BalasPadam