Khamis, 8 Oktober 2009

Novel Melayu Pembakar Semangatku...

Sebagai seorang mahasiswa aliran sastera, aku turut terdorong untuk berkongsi sebuah novel karya Faisal Tehrani berjudul 1515 yang boleh dikatakan pembakar semangat orang Melayu untuk berjuang menentang penjajah. Novel yang aku maksudkan itu berkisarkan tentang peristiwa kejatuhan Melaka oleh Portugis, watak utama novel ini ialah Tun Nyemah Mulya perawan usia 15 tahun memiliki pelbagai ilmu mempertahankan diri, dia sangat luar biasa handal, licik, berbudi bahasa. Dia telah memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi 60000 tentera, membelah laut dengan 2 misi penting iaitu pertama mengotakan janji kepada Alfonso Albuquerque untuk mengebumikan jasadnya diLisbon, dan kedua iaitu menakluki Portugal. Tarikh 1515 telah digelapkan oleh sejarawan barat yakni tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad. Pada pendapat saya novel ini sesuai dijadikan sebagai inspirasi untuk mempertingkatkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat harin ini.

3 ulasan:

  1. Novel Melayu adalah pemikiran Melayu...
    Karya sastera yang bagus adalah karya yang mengangkat kebenaran. Bukannya yang tergantung di bumi khayalan.

    BalasPadam
  2. salam...memang betul tu syikin. mas setuju sangat pendapat kin. selain itu, melalui novel melayu juga kita dapat menyalurkan semua asam garam kehidupan kita. bukan sekadar cerita yang berlandaskan imaginasi semata-mata. novel-novel melayu seperti yang dinyatakan oleh saudara jenal harus kita sokong agar karya kesusasteraan Melayu terus mendapat tempat di hati masyarakat.

    BalasPadam
  3. tp jgn lupa 1511 hijrah FT juga jgn ketinglan...novel pmbakar smngt umt Islam tuk berjung dgn kafir..

    BalasPadam