Jumaat, 29 Januari 2010

kenangan yang menyedihkan

hari ini genap 3 tahun aku dengan si dia.tetapi mungkin tiada rezeki aku terpaksa berpisah dengan dia. betapa peritnya hatiku menghadapi dugaan ini, betapa sukarnya berpisah dengan orang yang kita sayang. pengorbanan demi pengorbanan aku aku tunaikan. tapi apa kan daya hub kami telah retak ditengah jalan. aku mendoakan agar kau bahagia dengan orang yang kau cintai, aku tak memaksa kau( Azren) terus mencintai aku. apa pun tjadi aku tetap mendoakan agar kau bahagia..susah senang cabaran ini, kehidupan ku perlu diteruskan demi keluarga dikampung yang mengharapkan perubahan kehidupan. kepada kawan-kawan aku minta maaf kerana berwajah muram minggu lepas, aku minta maaf kerana kurang bercakap dengan kamu semua..hanya diblog ini aku dapat meluahkan segala perasaan ku. sekurang-kurangnya aku mendapat pengajaran dari kejadian ini.
Cinta akan menyusur tiba selepas cita-cita tercapai

Jumaat, 22 Januari 2010

pengalaman baru

sepanjang kelas multimedia 2 sem ni, aku telah mendapat banyak pengalaman baru. aku dapat belajar cara untuk membuat movie maker, buat video dan yang paling mencabar ialah belajar mengunakan photoshop. tapi Alhamdulillah sepanjang 4 minggu tutorial, aku dapat belajar sedikit demi sedikit, walaupun pada peringkat awalnya agak sukar. namun ia satu pengalaman baru buat diriku...

Rabu, 20 Januari 2010

Hatiku Yang Lapang

Hari ini merupakan hari yang paling indah berbanding hari-hari yang lain. Pagi tadi aku telah berjaya menghantar projek ilmiahku bab 1 hingga 4 pada Dr Samsina. Aku berharap agar doktor dapat menyemak secepat mungkin kertas kerjaku agar segala pembetulan dapat disiapkan dalam masa yang terdekat ini. Bagaimana pula dengan kawan-kawanku yang lain, diharapkan mereka juga dapat menghantar secepat mungki agar segala pembetulan dapat disiapkan dalam masa yang singkat...selamat berjaya kawan-kawanku