Sabtu, 3 Oktober 2009

cabaran dan dugaan asam garam kehidupan

hidup ini suatu perjalanan, dan sebagai manusia kita yang akan membawa haluan sama ada ke jalan baik mahupun ke lembah kedurjanaan. sebagai insan biasa aku juga mempunyai pelbagai pengalaman, memang benar kata orang, pengalaman mendewasakan diri. menjadikan kita lebih baik daripada semalam. Sesungguhnya pengalaman menuntutku menjadi insan yang lebih kental dan kuat daya tahan. sesungguhnya pengalaman semester satu di UPM menuntut ketabahan dan kesabaran yang tinggi. sebagai pelajar baru, aku berhadapan dengan pelbagai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di UPM. ada kalanya untuk mencari kelas punaku tersesat seorang diri. namun setelah hampir sebulan akhirnya aku dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. satu perkara yang mengajarku erti ketabahan ialah ketika mengikuti kelas bahasa mandarin. sebagai pelajar yang tiada asas tentulah berhadapan dengan kesukaran. sepanjang 2 semester saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan. tetapi atas pertolongan tenaga pengajar disitu dan hasil usaha saya, pada semester 3 saya mendapat keputusan yang agak memuaskan. kesimpulannya ketabahan diri memainkan peranan penting untuk memajukan diri.

3 ulasan:

  1. selamat hari raya aidilfitri..puasa penuh tak?huhu..zainal,aku tak tahu nak komen apa.aku tulis ni pun nak cukupkan syarat jer..oklah,see you lATER..=)

    BalasPadam
  2. zainal... hidup ini memang banyak dugaan.. sukar untuk diramalkan .... kadang kadang kita lemas dalam ujian yang menimpa banyak banyak lah bersabar...

    BalasPadam
  3. salam.. aku tengok gambaq hang tu smart gak.. tapi simpan kat rumah wat po.. mai bawak UPM ni.. kita g ronda- ronda putrajaya ke petang- petang best gak.. tenok gayanya macam laju je.. hehe.. ank 'try' boleh jugak tu..hehe

    BalasPadam