Ahad, 4 Oktober 2009

Hari yang paling malang buat daku

salam sejahtera semua.......
Hari ini merupaka hari yang paling malang dalam hidupku. Hari ini ketika sedang membuat tugasan projek ilmiah tiba-tiba laptop terpadam sendiri. Hatiku dirundung seribu satu persoalan. satu perkara yang bermain difikiran ku ialah tentang tugasan yang tidak sempat disimpan dalam didalam fail maklumat. Tanpa membuang masa, aku lantas bergegas ke kedai komputer yangberhampiran untuk mendapatkan perkhidmatan servis komputer. Hatiku dirundung resah,sedangkan tugasan perlu dihantar esok pagi. mengikut kata lelaki yang bekerja disitu, laptop ku telah diserang virust menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Manakala segala tugasan dan fail-fail penting juga tidak dapat diselamatkan kerana turut sama terhapus.
Kepalaku berpinar-pinar ligat memikirkan apa yang akan terjadi pada hari esok. Malam itu aku tidak dapat tidur lena, hatiku dibelenggu seribu keresahan yang mengetuk-ngetuk perasaanku.
Keesokan harinya, tiba waktu kelas Fonetik dan Fonologi, aku pergi pada awal bagi untuk berjumpa dengan pensyarah menyatakan tentang masalah yang aku hadapi. Syukurlah pensyarah tersebut menerima alasanku malah memberi masa untuk aku menyiapkan tugasan yang tertunggak tersebut...syukur Alhamdulillah...

2 ulasan:

  1. biasalah zainal... lap top itu sakit.... sebab awak banyak sangat guna lap top tanpa henti... lap top pun perlukan rehat jugak.... sekurang kurang awak boleh rehat sekejap....

    BalasPadam
  2. alahamdulillah..mujur la pensyarah tu boleh terima alasan jenal. tu la dalam hidup kita ni kena selalu jujur dan sedia menghadapi apa saja ujian agar kita dapat menyediakan diri kita menghadapi segala macam perkara yang tidak terduga...insyaAllah.

    BalasPadam