Jumaat, 16 Oktober 2009
Kemuncak Pengharapan
16/10/09 genap lah 22 tahun kawan aku ni, cantik orangnya, tapi kecewa ckit, dengar cerita baru-baru ni dah bertunang dengan budak kelas aku juga...sedih juga, tapi tak apa lah, janji dia bahagia....i'm still alone forever, yeah...
Isnin, 12 Oktober 2009
Hari-Hari Yang Sepi
Minggu ini cukup membosankan, rakan sebilikku Mior Saiful Nizan balik ke kampungnya di Kuala Kangsar. Aku keseorangan diri dan berasa sangat sunyi. Katanya hari Ahad baru balik ke kolej. Selalunya sebelum tidur kami selalu berborak terlebih dahulu tentang macam-macam perkara, meliputi perkara-perkara harian yang kami hadapi. Bagi aku Mior seorang rakan yang cukup memahami perasaan aku, seandainya aku mempunyai masalah sudah pasti ada saja ideanya untuk menyelesaikan masalah aku. Aku berharap selepas tamat pengajian kami masih mampu berhubung walaupun jarak membezakan kami berdua.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Suara Marheanis
kau mati ditepi-tepi kali
kau mati dipinggir lombong
kau mati dibawah jambatan
dimana-mana sahaja kau bisa mati
mati sebagai seorang hamba
matimu kerana mengejar sekapuk lapar
korbanmu kerna mengejar secangkir dahaga
tanah berpamitan darah merah
menjadi saksi sumpah derita
kau curahkan sebagai pahlawan marheanis
pada setiap titik kudratmu dikerah
dikepah, dicanai sehingga kering
oleh jerung-jerung kapitalis moden
beralas empuk dikerusi keuntungan
bertemankan wiski, dan hilai tawa ratu-ratu nafsi.
betapa merintihnya keringat senja
membanting tulang demi secupak rezeki
sambil menanti kelopak malam mengaut pergi.
kau mati dipinggir lombong
kau mati dibawah jambatan
dimana-mana sahaja kau bisa mati
mati sebagai seorang hamba
matimu kerana mengejar sekapuk lapar
korbanmu kerna mengejar secangkir dahaga
tanah berpamitan darah merah
menjadi saksi sumpah derita
kau curahkan sebagai pahlawan marheanis
pada setiap titik kudratmu dikerah
dikepah, dicanai sehingga kering
oleh jerung-jerung kapitalis moden
beralas empuk dikerusi keuntungan
bertemankan wiski, dan hilai tawa ratu-ratu nafsi.
betapa merintihnya keringat senja
membanting tulang demi secupak rezeki
sambil menanti kelopak malam mengaut pergi.
kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam
Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanehan dan keajaiban . Tahyul pula merupakan kepercayaan yang karut dan bersifat khayalan. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi hajat. keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian yang menyekutukan Allahdan dari sudut rubbiyah dan sifat ulumiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhlu lain. lebih malang lagi apabila ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol. mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan. Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan dan penolak bala. Justeru itu marilah kita memurnikan akidah kita dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam syariat dan berilmu tasawwuf.. Insyaalah
Khamis, 8 Oktober 2009
Novel Melayu Pembakar Semangatku...
Sebagai seorang mahasiswa aliran sastera, aku turut terdorong untuk berkongsi sebuah novel karya Faisal Tehrani berjudul 1515 yang boleh dikatakan pembakar semangat orang Melayu untuk berjuang menentang penjajah. Novel yang aku maksudkan itu berkisarkan tentang peristiwa kejatuhan Melaka oleh Portugis, watak utama novel ini ialah Tun Nyemah Mulya perawan usia 15 tahun memiliki pelbagai ilmu mempertahankan diri, dia sangat luar biasa handal, licik, berbudi bahasa. Dia telah memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi 60000 tentera, membelah laut dengan 2 misi penting iaitu pertama mengotakan janji kepada Alfonso Albuquerque untuk mengebumikan jasadnya diLisbon, dan kedua iaitu menakluki Portugal. Tarikh 1515 telah digelapkan oleh sejarawan barat yakni tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad. Pada pendapat saya novel ini sesuai dijadikan sebagai inspirasi untuk mempertingkatkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat harin ini.
Rabu, 7 Oktober 2009
hidupku selalu tertekan
hari ini merupakan hari ke-6 saya membuat catatan dalam blog ini. Saya selalu rasa tertekan dengan kehidupan ini. Selepas satu masalah, datang pula satu masalah lain. Apakah ini telah ditakdirkan untuk saya, jika difikirkan memang lagi tertekan jiwa ini. Pada minggu lepas saya keluar ke pekan bersama kawan-kawan untuk membeli barang. kami keluar awal pagi dengan menaiki bas komuter. Kami tiba di pekan pada jam 11 pagi. Kami terus ke pasaraya The Mines untuk membeli barang-barang keperluan. selepas mendapatkan barangan keperluan, saya terus ke kaunter untuk membuat pembayaran tetapi malangnya dompet saya telah tercicir, memang memalukan apabila saya terpaksa memulangkan kembali segala barang-barang tersebut. semua orang memandang dengan muka sinis......saya berasa sangat malu dengan kejadian tersebu8t.
Isnin, 5 Oktober 2009
Luahan Rasa
sepanjang 3 tahun di UPM, semester 5 merupakan suatu sesi pengajian yang agak mencabar buat aku. memang terlalu banyak tugasan yang erlu disiapkan dalam masa yang sangat singkat. Tapi aku tahu, segala tugasan itu sebenarnya untuk memupuk semangat bertanggungjawab dan kejujuran ketika membuat kerja. Mungkin kesannya kita tidak dapat lihat dalam jangka masa yang singkat, tetapi segala kebaikannya dapat kita aplikasikan di alam pekerjaan kelak...Insyaallah
Langgan:
Catatan (Atom)

