Rabu, 17 Mac 2010

berterus teranglah....

Len dan Mud terus hidup menyendiri dan terus hidup tertanya-tanya tentang kekasih siapakah pasangan hidup Sam, mereka selalu mengadu kepada ku, tetapi aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia. aku sekadar mampu memberi dorongan semangat kepada mereka untuk meneruskan hidup ini walaupun Sam seolah-olah tidak lagi mempedulikan mereka lagi. Sam terus hanyut dengan gadis itu sehingga lupa akan tangugjawabnya sebagai ahli lembaga syarikat kilang kerepek Bang Sun. Dia juga telah menggelapkan duit syarikat sebanyak rm 50 000 untuk berfoya-foya dengan gadis itu. dia juga telah melupakan sam dan Mud kerana terlalu asyik dengan percintaan. Tetapi dengan takdir Allah S.W.T rahsia Sam akhirnya telah terbongkar dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa apabila didapati telah mengelapkan wang syarikat. Manakala perempuan itu pula entah ke mana menghilang bersama-sama wang tersebut. aku juga adakalanya bersimpati tentang nasibnya, adakalanya rasa puas hati kerana sekurang2nya dia telah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Mud dan Len juga ku lihat agak sukar untuk menerima sam kembali apabila mengenangkan tentang kesalahan sam. dan aku pula cukup happy sekurang2nya aku tidak lagi menjadi tempat mereka meluah perasaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan